Sunday, November 27, 2011

UNTUK DIA

Hari ini
Ku jumpa dia
Segarit senyum diberi
Manis kulihat
Ah, alangkah bahagia kurasa
Doaku agar ini berkekalan
Selamanya

Hari ini
Ku nyatakan
Sayangku tak terhingga
Buat dia
Pastinya aku mengharap
Rasa yang sama

Hari ini
Kukatakan dengan indah
Cinta ini hanya untuknya
Sejujur-jujurnya
Pastinya untuk dia

Hari ini
Esok
Dan selamanya
Aku jujur perlukan dia
Pada-Mu ALLAH
Aku sandarkan harapan ini

Kutitipkan 
Bait-bait kata ini
Khas untuk dia
*********
untuk dia, 
aceceh, poyo aje kan aku ni.
azam tahun baru: kahwin :P
kehkehkeh




sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

3 komen ditekan:

Nong Andy said...

haha.. azam tahun baru....

cik timbahijau said...

@Nong Andy
haha...azam tahun baru, tapi rasanya macam tak mampu lagi.kot.

faisal said...

makan nasi berulam pegaga,
duduk bersimpuh diatas mengkuang,
kalu suka katakan suka,
kelak menyesal disambar orang.

-ok tak pantun saya, saya boleh tulis pantu je sikit..hehe