Wednesday, October 19, 2011

KEMBALI MENYIBUK DISINI :)

ASSALAMUALAIKUM. 

cubaan meng'update'kan blog tempat mencurahkan rasa masam-masam manis hidup ini. perasaan rindu mencengkam jiwa. oh, apakah yang kutaipkan ini?hampeh.haha. terlebih dahulu, sila baca entri ini dengan penuh kesabaran.haha.

alhamdulillah, syukur dapat juga ya kembali menaip entri untuk blog ini.buat tatapan semua. chewahh :P

taktau nak cerita apa dalam entri ini. semalam temankan adik ke hospital. itu pun setelah kakaknya ini gagah memujuknya untuk ke hospital. bukan apa, kasihan dan risau lah dengan demamnya yang tak kebah. sudahlah  degil tak mahu makan ubat. tarik muncung sedepa lah kena paksa :) kelakar juga saya melihat reaksinya.

waktu dihospital pula, tersengih-sengih buat iklan colgate pulak. ingat minta kakak dia ni teman jumpa doktor sekali. ampunlah adikku, kakak mu ini tidak suka malas berjumpa doktor. walaupun doktor itu ensem! haha. 

tapi, suasana masa menunggu kat hospital ni saya paling suka.hehe. bukannya apa, bila kita duduk bersahaja, melihat orang lalu lalang banyak yang kita lihat ragam manusia dan boleh andaikan situasi yang berlaku. mugkin. seperti iklan tv berbayar astro: macam macam ada :)

masa saya duduk dikerusi yang disediakan, dihadapan saya ada seorang lelaki (si bapa) dan sepasang anaknya. dari pandangan mata saya kedua anak kecil itu dalam usia 7 atau 8 tahun. kembar barangkali. [dalam hati; oh bestnya anak kembar *senyum gatal* haha]. sedang menunggu ibu mereka. oh ya, saya dibahagian wad kecemasan ketika ini. disebabkan saya ni suka perhatikan ragam orang sekeliling, penuh rasa minat saya pun ushar lah dua beradik ni. dah tak tahu nak buat apa kan. dua-dua tengah makan bertemankan bapanya yang setia menjaga. yang buat saya kagum adalah, mereka duduk diam makan bersama siap bersuap lagi. mungkin korang sudah biasa melihat situasi begini. hehe. contoh situasi:

si abang: ayah nak wafel (sambil suakan wafel kat ayahnya)
si bapa: (senyum dan ambil wafel td. gigit sikit then bg semula pada anaknya)
si adik: abang nak jagung? (jangung dalam cawan tu, lupa lak panggil apa.hehe.)( sambil suap kat si abang)

dalam hati; bagus budak-budak ni. senang jaga, duk diam je. teringat pulak adik-adik sepupu. tetibe pulak. dan dalam hati jugak, lamanya adik aku ni =.=

balik aje dari hospital, sempat pulak pergi pasar malam :D haa yang ni aku suka. bab makan ni memang pantang. pantang jumpa! haha. sempat lah beli kebab dan mee goreng :)

jam 9 malam dah berteleku depan tv tunggu cerita cinta elysa. lakonan botak juvana tu, apetah nama dia, johan ke?tak ingat. abaikan. masa tengok cerita juvana dulu tu, tak ingat muka botak tu macamana. member yang bgtau,  ensem pulak ada rambut. angguk setuju :) haha.

p/s: entri saya membosankan. bahasa baku. ber-awak-saya kononnya.haha. hampeh.
p/s lagi: next time cuba ber-aku-kau pulak.haha.


sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Tuesday, October 11, 2011

maaf ! perkataan yang jarang terucap.

seperti yang tertera (tajuk) tu, saya mahu minta maaf, kerana saya JARANG SELALU tak update entry di blog ini. Penyakit "M" ni selalu sangat mendampingi saya :o 

saya cuma aktif untuk komen sahaja.
 (banyak ke aku drop comment kat blog kawan-kawan =.=' )

rasa macam sibuk sangat saja untuk tiga ke empat hari ini. sempat ke nak bersuka ria melawat blog  kawan-kawan dan blog otai-otai ni semua =,=
-------------------------------------------------------------------

Again, feel not good. What I have been thinking around these couple of days. For what I have been done. Nothing right. Whether take it or leave it. The decision still in my hands. choose, then everything will be alright. InsyaALLAH.


Hasbunallah wani'mal wakil (Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar). [Surah Ali `Imran (3): 173]




[ perasan 'hebak' lah sangat kan taip entri dalam bahasa inggeris, okeh. hentikan semua ini cik kak ye.] doakan aku saya pulih dari berputus asa dan keraguan ini ya kawan-kawan. seperti ayat dibawah ini yang membawa banyak pengertian.


Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar ayat 53)



semoga bertemu lagi dalam entri akan datang. InsyaALLAH :)


nak komen, dipersilakan.


sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :) S.M.I.L.E

Sunday, October 09, 2011

Terima kasih Cik Purple Punya Blog



Assalamualaikum.
 

Seperti tajuk diatas tu,haa.. saya nak ucapkan setinggi-tinggi kata terima kasih kepada cik CP kita ni. Atas kesudian beliau meng’edit’ belog timbahijau ni :D

Amacam? Cantik tak layout belog ni? Ni semua hasil gigih cik cp membuat redecoration secara percuma :D hasil dari belog yang dipilih sendiri oleh cik CP melalui entri INI dan INI.

Nak buat renovation by myself tak pandai hebat la. sape yang ingat lagi layout belog saya?haha. tak ingat lah tu :P sapa yang ingat  rupa paras belog sebelum diubah suai, itu saja yang saya mampu buat.haha. saya kan blogger baru . 

Lupa nak print screen layout belog sebelum diubahsuai.haha. nak buat macam mane kan, dah lepas pon.

Akhir ayat, selamat menjelajah dunia maya ini :P haha. Maaflah, ayat entri ini entah-apa-apa-kan? Haha. Selamat bertemu lagi kita dalam entri yang akan datang. INSYAALLAH.


terima kasih jugak kepada blogger-blogger yang singgah sini dan follow. 


p/s: excited sangat taip entri, inilah hasilnya.haha. sudah habis. sila lah komen atau tinggalkan jejak di shoutbox.

Thursday, October 06, 2011

TERIMA KASIH EN. BEN ASHAARI

hari ni, teruja ja buka belog.hehe..sepatutnya entry ni ditaip mlm td,tapi disebabkan saya terlebih teruja,lupa nak post entry TERIMA KASIH kepada  blogger ben ashaari ! belog saya terpilih sebagai belog pilihan beliau.wahhh...(rasa nak lombat-lompat :P) oh tak lupa jugak empat lagi belog pilihan beliau si hensem aksara fendi ,si manis farah baharin ,si comel cik zaza dan si cantik bytea mahfuz.

oh ye anda boleh lah terjah sini untuk baca entry tersebut :)

terima kasih ye abg ben sudi promote belog saya, secara tak langsung menaikkan traffic belog ni. terharu [>.<]v ...almaklum belog lama tak beroperasi.haha

terima kasih jugak kepada anda-anda blogger hebat yang sudah terjah blog ::timbahijau:: ...*maluuu

sama-samalah kita memeriahkan dunia blog ye kawan-kawan...wahh,tiba-tiba ja..hehe...

sekali lagi terima kasih!

sudah, saya nak sambung buat kerja :)

:: semoga ALLAH merahmati hari saya dan kamu semua, dimurahkan rezeki, dilapangkan masa...



Wednesday, October 05, 2011

wordless wednesday #1







entry pertama tentang wordless wednesday. fahami ye kawan-kawan. hehe :P