Wednesday, October 19, 2011

KEMBALI MENYIBUK DISINI :)

ASSALAMUALAIKUM. 

cubaan meng'update'kan blog tempat mencurahkan rasa masam-masam manis hidup ini. perasaan rindu mencengkam jiwa. oh, apakah yang kutaipkan ini?hampeh.haha. terlebih dahulu, sila baca entri ini dengan penuh kesabaran.haha.

alhamdulillah, syukur dapat juga ya kembali menaip entri untuk blog ini.buat tatapan semua. chewahh :P

taktau nak cerita apa dalam entri ini. semalam temankan adik ke hospital. itu pun setelah kakaknya ini gagah memujuknya untuk ke hospital. bukan apa, kasihan dan risau lah dengan demamnya yang tak kebah. sudahlah  degil tak mahu makan ubat. tarik muncung sedepa lah kena paksa :) kelakar juga saya melihat reaksinya.

waktu dihospital pula, tersengih-sengih buat iklan colgate pulak. ingat minta kakak dia ni teman jumpa doktor sekali. ampunlah adikku, kakak mu ini tidak suka malas berjumpa doktor. walaupun doktor itu ensem! haha. 

tapi, suasana masa menunggu kat hospital ni saya paling suka.hehe. bukannya apa, bila kita duduk bersahaja, melihat orang lalu lalang banyak yang kita lihat ragam manusia dan boleh andaikan situasi yang berlaku. mugkin. seperti iklan tv berbayar astro: macam macam ada :)

masa saya duduk dikerusi yang disediakan, dihadapan saya ada seorang lelaki (si bapa) dan sepasang anaknya. dari pandangan mata saya kedua anak kecil itu dalam usia 7 atau 8 tahun. kembar barangkali. [dalam hati; oh bestnya anak kembar *senyum gatal* haha]. sedang menunggu ibu mereka. oh ya, saya dibahagian wad kecemasan ketika ini. disebabkan saya ni suka perhatikan ragam orang sekeliling, penuh rasa minat saya pun ushar lah dua beradik ni. dah tak tahu nak buat apa kan. dua-dua tengah makan bertemankan bapanya yang setia menjaga. yang buat saya kagum adalah, mereka duduk diam makan bersama siap bersuap lagi. mungkin korang sudah biasa melihat situasi begini. hehe. contoh situasi:

si abang: ayah nak wafel (sambil suakan wafel kat ayahnya)
si bapa: (senyum dan ambil wafel td. gigit sikit then bg semula pada anaknya)
si adik: abang nak jagung? (jangung dalam cawan tu, lupa lak panggil apa.hehe.)( sambil suap kat si abang)

dalam hati; bagus budak-budak ni. senang jaga, duk diam je. teringat pulak adik-adik sepupu. tetibe pulak. dan dalam hati jugak, lamanya adik aku ni =.=

balik aje dari hospital, sempat pulak pergi pasar malam :D haa yang ni aku suka. bab makan ni memang pantang. pantang jumpa! haha. sempat lah beli kebab dan mee goreng :)

jam 9 malam dah berteleku depan tv tunggu cerita cinta elysa. lakonan botak juvana tu, apetah nama dia, johan ke?tak ingat. abaikan. masa tengok cerita juvana dulu tu, tak ingat muka botak tu macamana. member yang bgtau,  ensem pulak ada rambut. angguk setuju :) haha.

p/s: entri saya membosankan. bahasa baku. ber-awak-saya kononnya.haha. hampeh.
p/s lagi: next time cuba ber-aku-kau pulak.haha.


sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

4 komen ditekan:

zasyah said...

ensem botak bila ada rambut ;)

TiMbAHiJaU said...

@zasyah
kan :D

Nong Andy said...

patut la mcm tak suka jer dgn hero cinta elisa tu.. rupanya si Botak dlm Juvana tu ngupanya!Hehehe.. masih terpengaruh watak jahat si botak agaknya aku ni kan.. hehehe!

hairy said...

WAHHH!!HAHA