Sunday, April 25, 2010

kerana aku adalah aku

Aku hanya manusia biasa yang tidak tahan melihat maksiat di depan mata….



Aku hanya insan hina disisi Nya yang tak sanggup melihat sahabat-sahabat ku memakai pakaian ketat yang menyesakkan mataku, apatah lagi mata-mata adam.


Aku hanya seorang perempuan yang tak tahan bila melihat mata adam melihat keindahan tubuh sahabat perempuan ku dengan percuma.


Aku hanya seorang gadis yang ingin bersuamikan adam yang terjaga pandangannya dari melihat pesona wanita lain.


Aku hanya seorang sahabat yang tak ingin melihat maruah sahabatku begitu rendah bila tubuh mereka yang terdedah menjadi jamuan mata nafsu lelaki yang liar.


Aku tak sanggup melihat sanggul sahabat yang bertudung terlalu tinggi hingga yang melihatnya membayangkan betapa panjangnya rambut mereka.


Aku tak tahan melihat tudung yang dipakai oleh temanku yang jarang dan membuat aku nampak alur lehernya.


Ingin sekali aku menutup keindahan seorang wanita itu dengan pakaian iman.


Tetapi siapakah aku untuk menanamkan iman dan malu didada mereka?


Mampukah aku menutup semua pandangan kaum adam terhadap sahabatku yang mendedahkan keaiban mereka?


Ya ALLAH…beri hidayah Mu…


Tunjuki jalan Mu kepada sahabat-sahabatku…


Aku cintakan mereka…


Aku ingin mereka bersamaku meninggikan maruah kami…


Tubuh kami bukan untuk diperdagangkan dan menjadi bahan bualan lelaki-lelaki yang dayus…


Kau kurniakna juga hidayah Mu kepada ku…


Kerana hanya dengan rahmat Mu untuk aku layak ke syurga Mu…


Sedang jihad ku tak setanding jihad Siti Khadijah…


Sedang setia ku tidak standing Siti Hajar….


Sedang sabar ku tidak terjangkau sabar Siti Aisyah…


Ampuni ku Ya ALLAH…ampuni kami Ya Rabb…ampuni mereka Ya Ghaffur…

:: qaseh haziq ::
:: 24 April 2010 :: 20.10 p.m ::