Sunday, November 27, 2011

UNTUK DIA

Hari ini
Ku jumpa dia
Segarit senyum diberi
Manis kulihat
Ah, alangkah bahagia kurasa
Doaku agar ini berkekalan
Selamanya

Hari ini
Ku nyatakan
Sayangku tak terhingga
Buat dia
Pastinya aku mengharap
Rasa yang sama

Hari ini
Kukatakan dengan indah
Cinta ini hanya untuknya
Sejujur-jujurnya
Pastinya untuk dia

Hari ini
Esok
Dan selamanya
Aku jujur perlukan dia
Pada-Mu ALLAH
Aku sandarkan harapan ini

Kutitipkan 
Bait-bait kata ini
Khas untuk dia
*********
untuk dia, 
aceceh, poyo aje kan aku ni.
azam tahun baru: kahwin :P
kehkehkeh




sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Saturday, November 19, 2011

KANVAS -i

tangan tidak berbakat seni
Laju saja mencoretkan kanvas putih itu
Yakin saja lagaknya
Ringan jari jemarinya
Melarikan pensel diatas kanvas

Kini sudah separuh sudah terlakar
Sekejap menari-nari mata pensel itu
Sekejap pemadam pula
Waima begitu
Keyakinannya tidak meluntur
Malah makin erat yakinnya
Lantas mata pensel menari-nari lagi
Melakar idea tercetus
Dari empunya diri
************
dah lama tak update entri kan.maaf.
ini entri perosak  dari aku kan.hoho.
A- betul lahh idea aku.haha
okbai


sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Monday, November 14, 2011

KOSONG

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Ooo..ooo...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa..

Kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...
Ooo..ooo...

************
Kosong by  Najwa Latif
aku suka lagu ni :)
errr, korang suka tak ?



sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Friday, November 11, 2011

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

  



sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Thursday, November 10, 2011

sedih

Kesedihan adalah keperluan
Tetapi dosnya sedikit
Tidak boleh berlebihan.


Sedih memang baik
Sekali sekala ia melembutkan hati
Tanda jiwa yang sensitif
Tanda hati yang peka.




__________________________________________________


p/s :Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkan hati ye. [=.=]"


dari aku: nak tanya,selama ni korang ada apa-apa masalah atau tak puas hati (straight gila soalan :o) bila mai blog aku yang tak seberapa ni? heh, tetibe(tiba-tiba) aje kan tanya soalan macam ini. aku sebenarnya dah lama nak tanya, tapi tertangguh-tangguh pulak soalan tu :) contohnya: bila korang follow aku, entri terbaru aku ada naik tak kat dashboard korang? senang tak nak komen kat blog aku ni? rasanya word verification tu dah takde kan? harapnya korang komen ler ye ^_^

sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Wednesday, November 09, 2011

wordless wednesday #3


hidup mesti ceria kan?
mulakan hari anda dengan senyuman :) 
kalau perlu, selebar yang mungkin :)


sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Saturday, November 05, 2011

ASK 2011 | KOMEN AKU : HAMBAR

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA (for non-muslim).

korang sempat tengok ANUGERAH SKRIN 2011 (ASK 2011) tak tadi? sape tengok, sila angkat laptop.muhahaah. 

aku tak tahulah nak komen macamane fasal ask2011 ni. tapi, rujuk semula tajuk entri ini: ASK 2011 | KOMEN AKU: HAMBAR. yes, hambar. ops tak lupa juga: hanyalah satu majlis yang penuh sini sana artisnya tunjuk glem fesyen masing-masing. ha, yang ni of course lah artis perempuan kan? yang terdedah sana sini (malu aku nak sebutkan disini) tak payah cakaplah. apa faedahnya pun aku taktahu !

aku cuma tengok sejam lebih je, selebihnya aku buat drama tidur depan TV. haha. erk, takde sapa kesahkan aku tidur ke hape. tahu sajalah aku tak glem.muahahah. ye sila geleng kepala dengan entri aku ini, hambar+bosan. heh. aiman tak kesah. eh eh, silap, timbahijau tak kesah :P

dan tadi selepas menyedarkan diri dari drama tidur, teringat nak online. and and and, aku tetibe tertanya-tanya apa jadi dengan ask2011 tadi ye. haha, gelak guling-guling sat. oh bosan, tu yang aku tidur. berapa kali daa nak mention kau tidur, damn. 

nak komen lebih-lebih kang ada pulak yang hentam aku :P selamat berjumpa lagi dalam entri akan datang. 

p/s: update entri bersama-sama hujan diluar rumah, sejuk walau pun dah selubung dengan selimut tebal :)

sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Thursday, November 03, 2011

PANDANGAN AKU | TENTANG HIDUP

hidup ini macam astro, 
macam-macam ada.


hidup ini macam roda, 
berpusing-pusing sampai pening.


hidup ini macam layang-layang, 
terbang melayang tinggi ke awan.


hidup ini macam boomerang, 
akhirnya akan kembali pada tuannya.

************

sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Wednesday, November 02, 2011

wordless wednesday #2



sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

DARI "ALIF" KEPADA "YA"

dari alif kepada ya
dari a kepada z
adalah stesen-stesen kehidupan
yang berbaris
mahukan kita mengenal
menghafal dan sekaligus
belajar menulis
atau saja melakar garis demi garis
pengalaman kedalam
hari-hari yang panjang

Begitulah kita
perlu selalu membaca
menulis dan menghafal
dari alif kepada ya
dari a kepada z

supaya kita tidak lupa
pada huruf demi huruf
pada pengajaran dalam pengajian
pada kehidupan dan kematian
pada dunia dan akhirat
pada syurga yang kita impikan

***********



sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Tuesday, November 01, 2011

BAYU KEHIDUPAN

aku rindu akan senyum manis pagi mu,
hamparan hati dikala layu,
menanti kasih yang kian perdu

mana pergi camar peneman si merpati,
hanya padamu ilahi,
memohon restu penguat dihati

maafkan aku untuk kesekian kalinya,
andai rantaian langkahku,
masih dibelenggu,
moga disaluti dengan restu

hari ini, pelangi menemani hari,
menusuk disanubari,
janji yang terpatri,
haruslah ditepati,
semoga hidup ini seceria sipipit,
bebas hingga kedinihari,
tanpa diselubungi kekesalan dihati...


****************
p/s: kita selalu mahukan hari yang cerah, tetapi ALLAH lebih mengetahuinya, hakikatnya hujan diturunkan, kita merungut (ah, hujan pulak)...stop aje hujan kita dapat pelangi kan?

tanda tanya: apakah tujuan entri ini? oh, cuma nak post entry jiwang-dengan-puisi. taklah, nak heboh kat korang, aku suka pelangi :) hehe, aku tanya, aku jawab.haha ;) kecoh je.

nota kaki: kalau rajin sila komen, komen korang sangat aku hargai ;) semoga berjumpa lagi dalam entri akan datang ;)


sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E