Friday, September 30, 2011

penakut

Bismillahirrahmanirrahim.
 
 
aku yang penakut,
penakut untuk mengakui segalanya,
takut untuk menyedari apa yg berlaku
takut untuk bangun dari mimpi-mimpi bahagia
takut untuk bangun dari tidur yg lena

kenapa aku takut
jika itu bukan salah ku
jika itu bukan yg ku pinta
bak lagu sudirman
bukan ku pinta lahir kedunia
bukan ku pinta rayu simpati
bukan ku pinta segala yg ada kini

aku hanya insan yg bernasib baik
alhamdulillah rezeki itu masih berpihak kepada ku...
berapa lama lagi?
itu tidak aku ketahui

mungkin hingga selama2nya
atau hingga saat ini saja...
biarlah DIA yang menentukan itu semua...

aku
aku hanya hambanya yg mampu berusaha,dan berdoa
agar ia tetap berpihak kpd ku

semoga keredhaan-Nya bersama ku....
insyaALLAH...



p/s: coretan ini adalah ilham-yang-mana-datang-entah, ia telah aku taip dan aku tampalkan disini, di dinding teratak timbahijau yang aku gemar lepak ni.chewahhh :P
aku tak terfikir bagaimana penerimaan mereka-mereka yang membaca coretan aku. so kalau ada apa-apa, drop ur comment please. nak drop kat chatbox pon okey jugak :)

R.I.N.D.U

RINDU.

aku amat rindu suasana ketika aku rancak ber-blog. blog-walking. usha blog. komen. heee~

kini aku kembali. sudikah aku diterima semula. (chewahh, ayat...hahaha.macam minx rujuk.erk~ :P)

maaf. maaf. maaf.

rindu. rindu. rindu.

ape ke halnya aku ulang smpai tiga kali.kan? LOL.

macam lah ade orang nak baca coretan madah berhelah aku ni kan?hehe :)

Sunday, April 25, 2010

kerana aku adalah aku

Aku hanya manusia biasa yang tidak tahan melihat maksiat di depan mata….



Aku hanya insan hina disisi Nya yang tak sanggup melihat sahabat-sahabat ku memakai pakaian ketat yang menyesakkan mataku, apatah lagi mata-mata adam.


Aku hanya seorang perempuan yang tak tahan bila melihat mata adam melihat keindahan tubuh sahabat perempuan ku dengan percuma.


Aku hanya seorang gadis yang ingin bersuamikan adam yang terjaga pandangannya dari melihat pesona wanita lain.


Aku hanya seorang sahabat yang tak ingin melihat maruah sahabatku begitu rendah bila tubuh mereka yang terdedah menjadi jamuan mata nafsu lelaki yang liar.


Aku tak sanggup melihat sanggul sahabat yang bertudung terlalu tinggi hingga yang melihatnya membayangkan betapa panjangnya rambut mereka.


Aku tak tahan melihat tudung yang dipakai oleh temanku yang jarang dan membuat aku nampak alur lehernya.


Ingin sekali aku menutup keindahan seorang wanita itu dengan pakaian iman.


Tetapi siapakah aku untuk menanamkan iman dan malu didada mereka?


Mampukah aku menutup semua pandangan kaum adam terhadap sahabatku yang mendedahkan keaiban mereka?


Ya ALLAH…beri hidayah Mu…


Tunjuki jalan Mu kepada sahabat-sahabatku…


Aku cintakan mereka…


Aku ingin mereka bersamaku meninggikan maruah kami…


Tubuh kami bukan untuk diperdagangkan dan menjadi bahan bualan lelaki-lelaki yang dayus…


Kau kurniakna juga hidayah Mu kepada ku…


Kerana hanya dengan rahmat Mu untuk aku layak ke syurga Mu…


Sedang jihad ku tak setanding jihad Siti Khadijah…


Sedang setia ku tidak standing Siti Hajar….


Sedang sabar ku tidak terjangkau sabar Siti Aisyah…


Ampuni ku Ya ALLAH…ampuni kami Ya Rabb…ampuni mereka Ya Ghaffur…

:: qaseh haziq ::
:: 24 April 2010 :: 20.10 p.m ::