Tuesday, October 27, 2009

kEtEntUAn

Salju didanau hati
sepi menyemarak menguasai diri
entah mengapa tiada siapa peduli
hanya pandangan kosong berlalu pergi
dan mata-mata hairan memerhati
tak kuduga akhirnya begini

apa yang kau cari
mengapa itu diambil peduli
begitu tega engkau membenci
hanya kerna seorang lelaki aku di musuhi
tertanya-tanya aku sebab terjadi
ahh...
perlukah aku memikirkan sedalamnya
jika bicara ibarat manis gula dihujung bibir
jika kata menjadi bayang semalam

sedangkan aku disini
terkulat-kulat menanti seringkali
hanya bayangan engkau menemani
setidaknya palinglah pada niat yang suci
sungguh aku terkilan
harapan aku engkau pandang sepi
acap kali begini akhirnya

akhir kata dariku buatmu
terimalah ucap maaf dariku
barangkali yang terakhir buatmu
terimalah...
sesungguhnya aku gembira bertemu engkau
terima kasih sayang...


Thursday, October 01, 2009

RINDU DISUDUT HATI

Kali akhir bertemu
ku lihat wajahmu
Ada gusar terlihat
Pada sekeping hati ini
Terkenang kembali peristiwa lalu
Mengapa sukar
Untukku baitkan dengan kata-kata

Walau diri ini ditimpa lara..
Walau diri ini acapkali dicerca..
Namun tiada maksud ku
Mengalah dari sisimu
Kerna itu aku masih disini
Menanti sebuah jawapan
Yang tak pasti

Kepedihan dan kelukaan itu
Terlalu dalam jauh disudut hati
Katakan wahai ibuku
Apakah salah ku..
Apakah dosa anakmu ini..

Benci..
Tiada pernah melukut
Hatta walau sekelumit dihatiku
Aku rindu belai kasihmu
Aku rindu hilai tawamu
Aku..
Aku benar-benar rindu
Segala-seganya tentang dirimu

Wahai ibu
Mengertilah akan kerinduan anakmu ini
Aku hanya mahu sekelumit
Kasih mu, senyuman mu..
Pulanglah ibu
Walau sesaat cuma disisiku
Hati ini diragut sayu
Tatkala merindukan mu

Aku terlalu rindukan mu wahai ibu
Rindu anak ini tidak pernah berlalu pergi
Anak ini akan selalu menanti
Hingga akhir nafas

Saturday, September 12, 2009

IKATAN

[1]


Adushh…Alamak..Lagi lima minit nih...


Assalamualaikum?!

Umi!! Abah!! Abang!! Icha!!


Ish kemana semua orang pergi nih. Hah, nie mesti pergi tengok Arsya ngn Arzad kat hospital. Huwaaa… kut ye pon jangan la tinggalkan Cha’a..Sedey lorhh.. Nak sedey2 pon, dah kena tinggal Cha’a kat umah sorang2. Pe2 hal, naik umah dulu. Solat jangan lupa Cha’a. solat tuh kan ke tiang agama..Tetibe lak teringat pesan Tok chik.


Ring!!!

Sape pulak tepon nie.

“hellooo, rumah encik ikhmal aliff di sini. Sape di sana” Apsal skema tahap melangit aje Cha’a hari nie. Heee~

“assalamualaikum. Cha’a ke tuh? Pak su nie. Abah Cha’a ada tak?”Huh, street jer pak su aku tanya.Layan jer.

“waalaikumussalam. Abah takde la pak su. Diorang sume pergi hospital. Malam tadi Arsya ngn Arzad kena tahan masuk wad.” Gitulah jawapan aku.

“sakit datang balik ye… habis Cha’a tinggal kat umah ngn sape? Abang ngn Icha ikut abah kamu sekali?” Tanya pak su lagi.

“a’ah,diorang ikut sekali. Cha’a de kelas tambahan tadi. Tak sempat ikut.” Nak aje Cha’a skip kelas td gumam aku dalam hati. Takkan nak cakap macam tuh. Nayaa~

“hah kalau macam tu,kamu siap sekarang. Kejap lagi pak su datang sekali ngn mak su. Kita gi hospital sama2.” Dengan semangat aku mengatakan iye.haha~

Tutt..Talian tepon dimatikan.

**************


Tinn! Tinn!

Yezzer2.. itu dia pak su ngn mak su dah sampai. Segera aku meluru kearah mereka. Laju je kaki nie jalan keluar.

Ehh, tok chik pon ada jugak. Lantas tangan tua itu ku salami dan ku cium. Pipi berlaga pipi. Dengan mak su pon sama jugak.

“dah kunci pintu dan tingkap belum Cha’a? kalau semua dah sedia kita bertolak sekarang.”

Lantas aku angguk mengiyakan.Dalam perjalanan, banyak jugak yang aku celotehkan ngn tok chik. Mak su pon boolayan. Erm, mane taknya dah empat tahun kitaorang sume tak jumpa tok chik.


Rindu dah setengah tempayan nih. Ha ha ha. Yelah tuh Cha’a..Usai aje persaraannya dari bekerja sebagai pengetua, tok chik gi melawat tujuh tempat keajaiban dunia. Erm, aku nih bile pulak la nak ada peluang tuh kan kan kan. Itu pon sebab nak tunaikan impian arwah nek chik aku. Nek chik teringin sangat.


Kalau ikutkan tok chik…

“tak payah la. Kat Malaysia nie banyak lagi tempat menarik dan boleh dilawati. Negara sendiri pun tak habis jenguk lagi nak tengok Negara orang. Lagi pon bukannya murah sekali trip. Tu pasal kerajaan umumkan cuti-cuti Malaysia. Pot pet.. pot pet.. pot pet..”

Tuh dia dah kuar aura membangkang plus bebel tok chik.

Aku, abang ngn Icha time tuh dah ‘ternganga’ mengukir tanda \^0^\.. senyap terus!!

*****************


Flashback lima tahun yang lepas…


Petang tuh angin sepoi-sepoi bahasa. Segar dan nyaman angin petang nih. Laut yang membiru itu direnung dalam. Erm, sedalam laut tuh jugak kut. Wajah itu tidak menampakkan riak ceria. Langsung tidak.Dari jauh, si lelaki melihat susuk tubuh yang membelakanginya.Merajuklah tu.


“assalamualaikum? Tak nyahut pun salam saya nih. Tak jawab dosa.”

“dah tua-tua nie takkan nak merajuk lagi kut cik tipah oii.” Isy, pandang pon tak..

“buruk lah emaknya merajuk rupe gitu”..isy, senyap je bini aku nih.

Merajuk sangat ke kat aku. Hah tulah pompuan ni, pantang usik sikit pun nak merajuk. Nasib badan lah encik ishak oii.

“udah petang nih maknya, tak ndak buat cucur untuk minum petang ke?” kroottt..Isy perut dah main siren nie.Tak boleh jadi.


“anak itik berjalan pulang,

Hendak pulang bertiga-tiga,

Ape dirajuk hingga ke petang,

Hingga kanda tertanya-tanya,”


Hah pe lagi, balas jangan tak balas isteriku sayang. Senyum meleret-leret dah nih...

Abang ngn Cha’a yang lihat dari jauh dah tersengih-sengih macam kerang busuk. At least, kerang busuk leh makan lagi. Heee~ yeke??


Isy, laki aku nih nak buat sinetron pulak petang2 nih.Buang tebiat ke hape~Dalam hati jelah..kejap, fikir nak karang pantun dulu. Ingat cik latipah tak pandai berpantun ke encik leman oii. Mentang-mentang la awak tu bekas guru kesusasteraan melayu.


“ke pekan membeli strawberi,

Awak pergilah masaklah sendiri”


Nek chik terus blah dari pangkin beratapkan rumbia… malas aku nak layan laki aku nih..Tok chik terus terkedu…Aikk, pendek tuh jerr.Ingatkan panjang sangat td. Oklah tu dari senyap jerr…Kurang dosa…takpe.. tu tandanya marah dah kurang. Tok chik menyedapkan hati n perasaan..


Tapi, takkan la sebab aku tak ndak ikutkan keinginan pergi lawat ke tujuh tempat keajaiban dunia terus merajuk bini aku nih. Erm, nie angin monsoon barat laut kut dah menyerang!!!


Haila-haila Malaysia ni hah apa kurangnya! Buat apa dibangga sangat luar Negara tuh.!!!Senang cerita, ciptaan Allah semua indah!!

*****


*P/S:nie karya pertama aku,so komen la mane yg patut..aku sgt2 hargai sokongan korang...

(>_<)v