Showing posts with label IKATAN. Show all posts
Showing posts with label IKATAN. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

ikatan 3

“abang boleh la. Kejap aje, bukan lama mana pun.”


Kepala yang tak gatal digaru. Susahnya nak ajak cik abang sorang nilah.



Senyap.



Tap! Tap! Tap!

Keyboard komputer ditekan laju. Malas betul aku nak layan budak manja ni. Time-time macam nilah dia nak kacau orang. Yelah kalau tak kacau orang nak kacau sape lagi,ye tak?


“ajak umi.”


“umi ikut abah pergi rumah acik sal.”


Ah,sudah... macam mana aku boleh lupa umi dengan abah ke rumah acik sal, adik abah. Selalu umi dengan abah ke sana. Melawat sepupu kami,adik man yang khabarnya baru lepas sihat dari demam campak. Teruk juga lah adik man kena,sampai meracau-racau dua malam berturut-turut.


“kenapa Cha’a tak ikut umi?”


“tak nak lah. Nanti berjangkit pulak kat Cha’a.”


Hisy budak nie. Ade ke situ pulak fikirnya. Kan bagus lawat orang sakit ni. Banyak pahala melawat orang sakit ni.


“kalau dah nak kena tu, kena jugak la Cha’a. Tak payah nak elak-elak. Buat alasan. Mengelat aje tau dia nie.”


Erk... Hailah-hailah abang aku nie. Tukar topik pulak.


“Arsya dengan Arzad balik pukul berapa? Erm,jomlah. Nanti kita boleh ambil diorang terus dari sekolah.”


“ semalam ‘twins’ call and bagitahu yang ‘twins’ boleh keluar asrama pukul tiga.”


‘twins’ aka Arsya and Arzad. Aku aje suka panggil diorang macam tu. Kata kakak; “besar mandat kau nak panggil diorang dengan panggilan ‘twins’.


Aku bantai boleh gelak aje dengar kenyataan kakak. Suka suki aku aje kan. “biasalah tu. Baru tahu ke? Ha ha ha.”


“macam-macam la dia ni tau.” Abang tarik telinga aku, suka sangat dia tarik telinga aku. Nasib baik la telinga aku nie ok-ok saja.


Dush!


Kenapa tiba-tiba rasa sengal pulak ni. Kepala di toleh ke kanan. Orang sebelah di pandang, angkat kening. pehal?


“nak pergi ke tidak? Jauh mengelamun? Sudah sampai mana.”


“hehe. Sori abang.”


“dah-dah pergi siap sekarang. Kamu tu siap dah le lambat..”


“kalah mak datin. Cha’a tau tu abang. Abang duk ulang tiap-tiap hari sampaikan Cha'a boleh hafal ayat abang tau.”


Kaki dihayun ke tangga.


“Cha’a”


“nanti kita singgah SOGO sekejap. Nak cari sesuatu untuk kawan abang. Dan nak jumpa dia.”


“lama ke abang? Sempat tak Cha’a jalan-jalan kat SOGO?”


“sempat”


senyuman lebar terukir. Sukanya...
*************

Seat belt dipakai dengan cermat. Punat radio di ‘on’kan. Siaran Fly fm dicari dan lagu Meet Me Half Way by Black Eyed Peace berkumandang dicorong radio. Volume radio yang sederhana kuat menenggelamkan suasana sunyi didalam kereta Gen 2 oren.

Perjalanan menghala ke sekolah Arsya dan Arzad saja sudah mengambil masa empat puluh minit, tapi dengan keadaan lalu lintas yang menyesakkan dada ni alamatnya sejam baru sampai. Mata ditala ke jam dashboard, dua setengah petang. Diorang kena tunggu setengah jam la baru kita orang sampai.


“kenapa senyap saja ni Cha’a? Nanti lepas kita ambil ‘twins’, kita pergi SOGO and then you’ll can shopping window, abang nak jumpa kawan kat McD ok.”


“nothing important la abang. Anyway, thank you so much.”


“for what?”


“everything”


“naaa. Tade hal la.”



Teringat apa yang berlaku sebulan yang lepas...


“Izzul, baik awak cakap siapa dia nie? Apa hubungan awak dengan dia?”


“awak nak tahu sangat kan. Perkenalkan,gadis sebelah saya nie Mieza. Awek merangkap bakal tunang saya. Puas hati awak.”


Gadis berblous merah hati disebelahnya meliuk-lentok manja. Jengkelnya hati aku lihat.


“ eh, setakat perempuan macam awak ni berlambak kat luar sana tu saya boleh dapat la. Tunjuk baik konon. Please la. Kita nie tak sesuai langsung ok. Ibarat langit dengan bumi.”

Bukan saya yang awak cakap macam tu, tp pada perempuan sebelah awak tu.
Aku hanya dijeling. Kasar.


“sudahlah. Saya harap sampai disini sahaja hubungan kita.


Aku tergamam mendengar kata-katanya. Mudahnya dia melafazkan, semudah abc saja lagaknya. Setahun menganyam kasih, ini balasan yang diberi. sampainya hati awak izzul.

Dunia aku rasa berputar-putar. Tiang lampu di hujung jalan sudah berbalam-balam aku lihat. Tanpa sempat berpaut...

Dush!

Friday, November 13, 2009

ikatan 2

Tanya sama hati
Apa sebab rindu
Ingat masa lena apa mimpi mu

Tanya sama jiwa
Apa sebab kasih
Ingat masa lampau apa katamu

Nanti hati kata
Aku rasa kasih
Ingat pada teman
Rindu pon hadir

Bila berjauhan
Apa yang dikenang
Bila difahami itulah sayang...

“Cha’a!!” alahai dia ni, boleh pulak buat tak tau je.

Bila berjauhan
Apa yang dikenang
Bila difahami itulah sayang...

Earphone ditelinga ditarik kasar.

“Nur Ainul Afsya!!”


Astaghfirullahalazim…Ish, abang aku ni. Volume suara tu tak boleh slow sikit ke? Terkejut jantung aku. Sebelah aku aje kot. Nak kena ni. Kejap ye abang ku sayang, Cha’a dah tarik senyum jahat!


“Cha’a, Abang panggil kau ni. Nyahut la orang panggil.” Aik senyap pulak budak manja ni. Tangan kanan diletak ke dahi si adik. Tak demam pun, sihat aje.


“Apehal kau ni dik? Senyap aje. Kena sampuk hantu ke?”


Tak pernah-pernah si Cha’a macam ni. Selalu dia la paling ramah tak bertempat. Tapi, hari ni…Dah macam kucing hilang gigi.


Ish, ke situ pulak Abang aku ni. Dalam hati nak tergelak. Cover Cha’a, jangan tak cover. Straight kan muka tu. Hah, tau takut. Sikit je lagi. Bukan selalu nak pekena Abang. Hehe…

“Marah kat Abang lagi eh? Bukan Abang saja-saja nak buat macam tuh.” Setitik demi setitik air mata jatuh ke pipi. Alahai nape emo pulak hari ni.


“Abang buat macam tu bersebab. Abang tau Cha’a marah. Sebab Abang sayang kat adik Abang ni lah Abang ambil tindakan macam tu.”


Yelah,siapa tak terkejut tengok perubahan adik yang mendadak. Yang dulunya ceria jadi muram. Cuma kerana seorang budak lelaki aje! Effect terbesar tu. Lepas break dengan Izzul terus jadi lain.


Emo sangat pulak. Sape nak pekena sape ni Cha’a? Any better idea Cha’a. Gotcha.


Cha’a bangun. Baru kaki nak melangkah, Abang tarik tangan. Kaku. Suasana senyap je umpama ada malaikat lalu.


“Cha’a, please. Hear my explanation first and after that if you want to avoid Abang go on.”


“Never mind Abang. I forgive you. Zero-zero ok, I know that you do it for reason. For my own goodness.” Ditekankan perkataan reason. Cha’a tunjuk senyum. Tangan Abang disalam.


“Cha’a tak marah dan takkan marah Abang. Lagipun apa yang Abang cakap tu ada betulnya. Cha’a yang tak ambil peduli pasal sume ni.”


“Life must go on whatever happen. La tahzan. Abang, I think better move now. Sorry, late for the taekwondo class.”


Abang: Cha’a, apelah yang kau fikir dik. Izzul,dah lupa kau dik. Belajar lupakan dia dik.
Cha’a: Abang, thanx coz wake-up me from all bad dream I ever had.

*p/s: qaseh harap sume pembaca tingglkan komen eh?(eceh, cam ada pembaca aje.haha).enjoy ur day.erm sorry,bahasa tunggang langgang. Qaseh terima teguran anda.

Saturday, September 12, 2009

IKATAN

[1]


Adushh…Alamak..Lagi lima minit nih...


Assalamualaikum?!

Umi!! Abah!! Abang!! Icha!!


Ish kemana semua orang pergi nih. Hah, nie mesti pergi tengok Arsya ngn Arzad kat hospital. Huwaaa… kut ye pon jangan la tinggalkan Cha’a..Sedey lorhh.. Nak sedey2 pon, dah kena tinggal Cha’a kat umah sorang2. Pe2 hal, naik umah dulu. Solat jangan lupa Cha’a. solat tuh kan ke tiang agama..Tetibe lak teringat pesan Tok chik.


Ring!!!

Sape pulak tepon nie.

“hellooo, rumah encik ikhmal aliff di sini. Sape di sana” Apsal skema tahap melangit aje Cha’a hari nie. Heee~

“assalamualaikum. Cha’a ke tuh? Pak su nie. Abah Cha’a ada tak?”Huh, street jer pak su aku tanya.Layan jer.

“waalaikumussalam. Abah takde la pak su. Diorang sume pergi hospital. Malam tadi Arsya ngn Arzad kena tahan masuk wad.” Gitulah jawapan aku.

“sakit datang balik ye… habis Cha’a tinggal kat umah ngn sape? Abang ngn Icha ikut abah kamu sekali?” Tanya pak su lagi.

“a’ah,diorang ikut sekali. Cha’a de kelas tambahan tadi. Tak sempat ikut.” Nak aje Cha’a skip kelas td gumam aku dalam hati. Takkan nak cakap macam tuh. Nayaa~

“hah kalau macam tu,kamu siap sekarang. Kejap lagi pak su datang sekali ngn mak su. Kita gi hospital sama2.” Dengan semangat aku mengatakan iye.haha~

Tutt..Talian tepon dimatikan.

**************


Tinn! Tinn!

Yezzer2.. itu dia pak su ngn mak su dah sampai. Segera aku meluru kearah mereka. Laju je kaki nie jalan keluar.

Ehh, tok chik pon ada jugak. Lantas tangan tua itu ku salami dan ku cium. Pipi berlaga pipi. Dengan mak su pon sama jugak.

“dah kunci pintu dan tingkap belum Cha’a? kalau semua dah sedia kita bertolak sekarang.”

Lantas aku angguk mengiyakan.Dalam perjalanan, banyak jugak yang aku celotehkan ngn tok chik. Mak su pon boolayan. Erm, mane taknya dah empat tahun kitaorang sume tak jumpa tok chik.


Rindu dah setengah tempayan nih. Ha ha ha. Yelah tuh Cha’a..Usai aje persaraannya dari bekerja sebagai pengetua, tok chik gi melawat tujuh tempat keajaiban dunia. Erm, aku nih bile pulak la nak ada peluang tuh kan kan kan. Itu pon sebab nak tunaikan impian arwah nek chik aku. Nek chik teringin sangat.


Kalau ikutkan tok chik…

“tak payah la. Kat Malaysia nie banyak lagi tempat menarik dan boleh dilawati. Negara sendiri pun tak habis jenguk lagi nak tengok Negara orang. Lagi pon bukannya murah sekali trip. Tu pasal kerajaan umumkan cuti-cuti Malaysia. Pot pet.. pot pet.. pot pet..”

Tuh dia dah kuar aura membangkang plus bebel tok chik.

Aku, abang ngn Icha time tuh dah ‘ternganga’ mengukir tanda \^0^\.. senyap terus!!

*****************


Flashback lima tahun yang lepas…


Petang tuh angin sepoi-sepoi bahasa. Segar dan nyaman angin petang nih. Laut yang membiru itu direnung dalam. Erm, sedalam laut tuh jugak kut. Wajah itu tidak menampakkan riak ceria. Langsung tidak.Dari jauh, si lelaki melihat susuk tubuh yang membelakanginya.Merajuklah tu.


“assalamualaikum? Tak nyahut pun salam saya nih. Tak jawab dosa.”

“dah tua-tua nie takkan nak merajuk lagi kut cik tipah oii.” Isy, pandang pon tak..

“buruk lah emaknya merajuk rupe gitu”..isy, senyap je bini aku nih.

Merajuk sangat ke kat aku. Hah tulah pompuan ni, pantang usik sikit pun nak merajuk. Nasib badan lah encik ishak oii.

“udah petang nih maknya, tak ndak buat cucur untuk minum petang ke?” kroottt..Isy perut dah main siren nie.Tak boleh jadi.


“anak itik berjalan pulang,

Hendak pulang bertiga-tiga,

Ape dirajuk hingga ke petang,

Hingga kanda tertanya-tanya,”


Hah pe lagi, balas jangan tak balas isteriku sayang. Senyum meleret-leret dah nih...

Abang ngn Cha’a yang lihat dari jauh dah tersengih-sengih macam kerang busuk. At least, kerang busuk leh makan lagi. Heee~ yeke??


Isy, laki aku nih nak buat sinetron pulak petang2 nih.Buang tebiat ke hape~Dalam hati jelah..kejap, fikir nak karang pantun dulu. Ingat cik latipah tak pandai berpantun ke encik leman oii. Mentang-mentang la awak tu bekas guru kesusasteraan melayu.


“ke pekan membeli strawberi,

Awak pergilah masaklah sendiri”


Nek chik terus blah dari pangkin beratapkan rumbia… malas aku nak layan laki aku nih..Tok chik terus terkedu…Aikk, pendek tuh jerr.Ingatkan panjang sangat td. Oklah tu dari senyap jerr…Kurang dosa…takpe.. tu tandanya marah dah kurang. Tok chik menyedapkan hati n perasaan..


Tapi, takkan la sebab aku tak ndak ikutkan keinginan pergi lawat ke tujuh tempat keajaiban dunia terus merajuk bini aku nih. Erm, nie angin monsoon barat laut kut dah menyerang!!!


Haila-haila Malaysia ni hah apa kurangnya! Buat apa dibangga sangat luar Negara tuh.!!!Senang cerita, ciptaan Allah semua indah!!

*****


*P/S:nie karya pertama aku,so komen la mane yg patut..aku sgt2 hargai sokongan korang...

(>_<)v