Wednesday, November 02, 2011

DARI "ALIF" KEPADA "YA"

dari alif kepada ya
dari a kepada z
adalah stesen-stesen kehidupan
yang berbaris
mahukan kita mengenal
menghafal dan sekaligus
belajar menulis
atau saja melakar garis demi garis
pengalaman kedalam
hari-hari yang panjang

Begitulah kita
perlu selalu membaca
menulis dan menghafal
dari alif kepada ya
dari a kepada z

supaya kita tidak lupa
pada huruf demi huruf
pada pengajaran dalam pengajian
pada kehidupan dan kematian
pada dunia dan akhirat
pada syurga yang kita impikan

***********



sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

0 komen ditekan: