“abang boleh la. Kejap aje, bukan lama mana pun.”
Kepala yang tak gatal digaru. Susahnya nak ajak cik abang sorang nilah.
Senyap.
Tap! Tap! Tap!
Keyboard komputer ditekan laju. Malas betul aku nak layan budak manja ni. Time-time macam nilah dia nak kacau orang. Yelah kalau tak kacau orang nak kacau sape lagi,ye tak?
“ajak umi.”
“umi ikut abah pergi rumah acik sal.”
Ah,sudah... macam mana aku boleh lupa umi dengan abah ke rumah acik sal, adik abah. Selalu umi dengan abah ke sana. Melawat sepupu kami,adik man yang khabarnya baru lepas sihat dari demam campak. Teruk juga lah adik man kena,sampai meracau-racau dua malam berturut-turut.
“kenapa Cha’a tak ikut umi?”
“tak nak lah. Nanti berjangkit pulak kat Cha’a.”
Hisy budak nie. Ade ke situ pulak fikirnya. Kan bagus lawat orang sakit ni. Banyak pahala melawat orang sakit ni.
“kalau dah nak kena tu, kena jugak la Cha’a. Tak payah nak elak-elak. Buat alasan. Mengelat aje tau dia nie.”
Erk... Hailah-hailah abang aku nie. Tukar topik pulak.
“Arsya dengan Arzad balik pukul berapa? Erm,jomlah. Nanti kita boleh ambil diorang terus dari sekolah.”
“ semalam ‘twins’ call and bagitahu yang ‘twins’ boleh keluar asrama pukul tiga.”
‘twins’ aka Arsya and Arzad. Aku aje suka panggil diorang macam tu. Kata kakak; “besar mandat kau nak panggil diorang dengan panggilan ‘twins’.
Aku bantai boleh gelak aje dengar kenyataan kakak. Suka suki aku aje kan. “biasalah tu. Baru tahu ke? Ha ha ha.”
“macam-macam la dia ni tau.” Abang tarik telinga aku, suka sangat dia tarik telinga aku. Nasib baik la telinga aku nie ok-ok saja.
Dush!
Kenapa tiba-tiba rasa sengal pulak ni. Kepala di toleh ke kanan. Orang sebelah di pandang, angkat kening. pehal?
“nak pergi ke tidak? Jauh mengelamun? Sudah sampai mana.”
“hehe. Sori abang.”
“dah-dah pergi siap sekarang. Kamu tu siap dah le lambat..”
“kalah mak datin. Cha’a tau tu abang. Abang duk ulang tiap-tiap hari sampaikan Cha'a boleh hafal ayat abang tau.”
Kaki dihayun ke tangga.
“Cha’a”
“nanti kita singgah SOGO sekejap. Nak cari sesuatu untuk kawan abang. Dan nak jumpa dia.”
“lama ke abang? Sempat tak Cha’a jalan-jalan kat SOGO?”
“sempat”
senyuman lebar terukir. Sukanya...
*************
Seat belt dipakai dengan cermat. Punat radio di ‘on’kan. Siaran Fly fm dicari dan lagu Meet Me Half Way by Black Eyed Peace berkumandang dicorong radio. Volume radio yang sederhana kuat menenggelamkan suasana sunyi didalam kereta Gen 2 oren.
Perjalanan menghala ke sekolah Arsya dan Arzad saja sudah mengambil masa empat puluh minit, tapi dengan keadaan lalu lintas yang menyesakkan dada ni alamatnya sejam baru sampai. Mata ditala ke jam dashboard, dua setengah petang. Diorang kena tunggu setengah jam la baru kita orang sampai.
“kenapa senyap saja ni Cha’a? Nanti lepas kita ambil ‘twins’, kita pergi SOGO and then you’ll can shopping window, abang nak jumpa kawan kat McD ok.”
“nothing important la abang. Anyway, thank you so much.”
“for what?”
“everything”
“naaa. Tade hal la.”
Teringat apa yang berlaku sebulan yang lepas...
“Izzul, baik awak cakap siapa dia nie? Apa hubungan awak dengan dia?”
“awak nak tahu sangat kan. Perkenalkan,gadis sebelah saya nie Mieza. Awek merangkap bakal tunang saya. Puas hati awak.”
Gadis berblous merah hati disebelahnya meliuk-lentok manja. Jengkelnya hati aku lihat.
“ eh, setakat perempuan macam awak ni berlambak kat luar sana tu saya boleh dapat la. Tunjuk baik konon. Please la. Kita nie tak sesuai langsung ok. Ibarat langit dengan bumi.”
Bukan saya yang awak cakap macam tu, tp pada perempuan sebelah awak tu.
Aku hanya dijeling. Kasar.
“sudahlah. Saya harap sampai disini sahaja hubungan kita.
Aku tergamam mendengar kata-katanya. Mudahnya dia melafazkan, semudah abc saja lagaknya. Setahun menganyam kasih, ini balasan yang diberi. sampainya hati awak izzul.
Dunia aku rasa berputar-putar. Tiang lampu di hujung jalan sudah berbalam-balam aku lihat. Tanpa sempat berpaut...
Dush!
Guna steroid baru badan jadi ??
23 hours ago
2 komen ditekan:
qaseh...
hahahahaha
ni cter benar ke rekaan?
hahahha
p/s : akak takde ms nak update blog lg
kalo tak update, tinggal2 je msg kat blog..if smpt akak bls =)
take care =)
kak jane...
haha
no komen....
hehehe
p/s:ok,nanti qaseh drop msj kat blog...
ingat akak bertapa kat mana2...
take care too =)
Post a Comment