Friday, August 24, 2012

SEKADAR PICISAN 2



Hidup ini
Bukanlah rangkaian
Gelak tawa
Bukan tangisan dek putus asa
Bukanlah apungan sabut
Di tengah lautan
Bukan juga tumbuhnya lalang
Menari-nari sentiasa


Tapi hidup ini
Adalah senyuman
Tangisan
Dan panduan cita-cita dan azam
Kesatuan iman dan keyakinan
Kombinasi jihad fisabilillah
Dan perjuangan


***********************************
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Segala salah silap harap dimaafkan
Semoga kamu semua sihat-sihat selalu
dan berada dibawah lindungan dan rahmat-NYA
;)

sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Wednesday, March 28, 2012

SEKADAR PICISAN 1

Bibit-bibit kenangan
Cinta masa lalu
Jika bisa ku atur
Penuh cerita
Gembira
Bahagia tentu sekali

Jika bisa ku ingat
Selalu kisah ceria
Tidak mahu duka lara
Yang itu
Tentu sekali mahu aku
Biar berlalu
Bagai angin
-------------------------------------------
Dah lama tak update blog.
Jadi ini entry pertama untuk tahun 2012.
Berhabuk blog, xde apa-apa kan.
Apa khabar kamu kamu semua?
Errr, taktahu nak taip apa lagi.
Oke, itu saja. 






sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E

Sunday, November 27, 2011

UNTUK DIA

Hari ini
Ku jumpa dia
Segarit senyum diberi
Manis kulihat
Ah, alangkah bahagia kurasa
Doaku agar ini berkekalan
Selamanya

Hari ini
Ku nyatakan
Sayangku tak terhingga
Buat dia
Pastinya aku mengharap
Rasa yang sama

Hari ini
Kukatakan dengan indah
Cinta ini hanya untuknya
Sejujur-jujurnya
Pastinya untuk dia

Hari ini
Esok
Dan selamanya
Aku jujur perlukan dia
Pada-Mu ALLAH
Aku sandarkan harapan ini

Kutitipkan 
Bait-bait kata ini
Khas untuk dia
*********
untuk dia, 
aceceh, poyo aje kan aku ni.
azam tahun baru: kahwin :P
kehkehkeh




sekian sahaja, ikhlas: cik timba hijau :D S.M.I.L.E